Delima
Tuesday, 5 February 2013
Monday, 4 February 2013
Rahsia Kejayaan Chef Wan
WANG, populariti dan glamor. Siapa pun tidak dapat menafikan bahawa seorang chef juga boleh menandingi kehebatan seorang artis, ahli politik atau ahli sukan yang terkenal. Sejak lebih 20 tahun dahulu, chef dianggap antara profesion yang amat menarik dan menguntungkan untuk diceburi. Seorang chef boleh mengundang rasa kekaguman ramai atas kebolehan dan kreativiti mereka dalam menyediakan pelbagai jenis masakan dengan gabungan seni kulinari.
Kita sering mendengar seorang chef mengatakan bahawa, masakan yang enak datangnya daripada hati yang ikhlas. Kata-kata itu mempengaruhi sebahagian besar daripada kita apabila memasak di dapur. Apa pun, daya penariknya, ramai yang mahu menjadi chef kerana kerjaya yang dikuasai oleh kaum lelaki itu mampu meraih pendapat yang lumayan. Ada di antara mereka menimba pengalaman dengan bekerja di hotel-hotel, kemudiannya membuka restoran sendiri dengan menjalankan perniagaan katering, ada yang menghasilkan buku dan beberapa chef terkenal tampil di televisyen mengendalikan rancangan-rancangan masakan mereka sendiri.
Dalam pada itu, minat orang ramai terhadap rancangan-rancangan masakan dan penyediaan makanan di televisyen membuatkan golongan ini terus mendapat perhatian. Di kebanyakan negara, rancangan yang dikendalikan atau dihoskan oleh chef-chef terkemuka mereka ini mendapat rating yang tinggi.
Di Malaysia, Datuk Chef Wan merupakan chef paling terkenal dan dikatakan menerima pendapatan tertinggi berbanding dengan chef lain di negara ini. Beliau yang hampir 30 tahun menceburi bidang itu bermula dari bawah dan kini bakatnya dalam bidang tersebut diiktiraf di peringkat dunia dan menjadi kebanggaan negara.
Dilahirkan pada tahun 1958 di Singapura, pemilik nama Redzuawan Ismail ini merupakan pengacara masakan No 1 di Malaysia. Pada usia tiga tahun, keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur kerana ayahnya dipindahkan dari The British Royal Air Force ke The Malaysian Air Force. Menetap di pangkalan Angkatan Tentera Udara, di sinilah beliau mengembangkan bakat memasak. Seni memasak yang dipelajari daripada ibunda dan nenda tercinta serta didorong rasa ingin tahu dan sering melakukan eksperimen, telah mengasah bakat Chef Wan di dapur.
Menerima gelaran Datuk baru-baru ini, penat lelah selama lebih 30 tahun yang dipikul beliau dalam mengharumkan nama negara akhirnya terbalas. Figura terkenal ini telah berjaya membuka mata banyak pihak bukan saja dalam negara malahan di peringkat antarabangsa dalam bidang masakan yang rata-ratanya dimonopoli oleh kaum Hawa.
Memasak untuk personaliti terkenal seperti Sultan Brunei dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton, kehebatan beliau bukan pada penghasilan hidangan istimewa tetapi pada celoteh dan keletahnya yang unik dan mampu memukau penonton sepanjang hari. Antaratrademark beliau ialah menggunakan leteran nenek di kampung dalam interaksi dengan penonton yang tidak pernah gagal untuk memikat hati penonton. Beliau juga digelar Jamie Oliver di Britain dan Martha Stewart di Amerika tetapi versi Malaysia
Tidak ramai yang tahu bahawa tukang masak kesayangan rakyat Malaysia ini adalah seorang akauntan bertauliah. Dek kerana minat yang amat mendalam dalam bidang masakan, beliau berhenti kerja, ambil ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat dan berusaha gigih untuk menjadi seorang chef yang kreatif, berinovasi dan profesional. Beliau mengambil keputusan drastik dengan membuat belok terbesar dalam hidupnya pada 17 tahun dulu walaupun keputusan itu akan mengecewakan bapanya. Tidak mampu lagi untuk membohongi diri, berpakaian kemas dan menjalani kehidupan korporat bukanlah sesuatu yang ingin dilakukannya dalam hayat ini. Tujuh tahun bekerja untuk sebuah bank membuatkan beliau rasa terseksa dan mengatakan pada diri bahawa enough is enough.Beliau terdesak untuk melakukan perubahan kerjaya dan mahu melakukan sesuatu yang dicintainya iaitu makanan. Mengimbas kembali pada turning point beliau, tiada siapa yang menyangka bahawa Chef Wan tidak pernah menyesal akan keputusan untuk beralih profesion. Walaupun beliau harus bermula daripada bawah dengan membasuh pinggan mangkuk dan pada masa yang sama membiayai pengajiannya sendiri, beliau puas. Selain daripada ijazah yang diperoleh, beliau turut memiliki Diploma dari Hotel Ritz, Paris.
Mewarisi bakat masakan daripada ibunda, figura yang petah berbicara ini berpendapat bahawa makanan adalah senjata terbaik untuk menghubungkan masyarakat dari seluruh dunia dan makanan juga menunjukkan budaya dan bangsa. Tambahan beliau lagi, bidang masakan ini terlalu luas, semakin banyak yang diteroka, semakin banyak peninggalan yang diwariskan oleh orang dulu-dulu.
Sepanjang penglibatan beliau dalam rancangan masakan, antara program masakan yang paling diingati rakyat Malaysia ialah The Kuali Cook Show, Chef Wan, dan yang paling terbaru iaitu Citarasa Sedunia Bersama Gas Petronas. Tetapi rancangan masakan TV antarabangsa seperti A Taste of Australia with Chef Wan (Australian ABC Network), Flavours of Asia (Prime 12, Singapore), Market Kitchen (UK Food Network), Flavours of the World (TV4, Sweden) dan Chef Wan and Gino’s Specials (Orge TV, Norway) yang membuka jalan ke kemasyhuran di seluruh dunia. Untuk semua dedikasi kepada industri makanan, Chef Wan telah dinamakan Chef Selebriti televisyen Terbaik di Anugerah Buku Masakan Dunia Gourmand tahun lepas di Perancis.
Pada masa masyarakat menjangka Chef Wan akan berehat bersama keluarga, beliau baru sahaja selesai penggambaran program masakan Ekspedisi Chef Wan musim kedua untuk TV9. Beliau telah pergi ke Thailand, Vietnam, Hong Kong, Macau, Bali dan London untuk penggambaran. Untuk musim ketiga dan keempat, beliau akan ke Mauritius, Turki, Korea, Mesir, Sweden, Lebanon dan Syria. Terkenal sebagai seorang yang bekerja kuat, beliau pada masa ini sedang sibuk berdiskusi dengan TV3 untuk menghasilkan rancangan temu bual sendiri yang bakal menggabungkan topik-topik makanan seperti yang kerap disentuh Oprah Winfrey dan Martha Stewart. Dan seolah-olah yang tidak cukup dengan rencana harian yang padat, beliau bakal melancarkan pelbagai set pinggan mangkuk dan dapur, yang dinamakan Chef Wan Lifestyle dengan cara jualan langsung.
Seorang yang menghargai kecantikan, beliau gemar belajar tentang budaya setiap negara yang beliau lawati. Bagi beliau, setiap budaya mempunyai definisi sendiri tentang keindahan, maka beliau sering membawa pulang sekurang-kurangnya satu barang cantik yang menjadi simbol budaya negara yang telah dilawati sebagai kenang-kenangan dan biasanya dipamerkan di ruang tamu rumah beliau.
Anak sulung daripada tujuh adik beradik ini merupakan Duta Makanan yang dilantik oleh Kementerian Pelancongan pada 2010 kerana menghargai sumbangannya memperkenalkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Pada tahun lalu, sumbangannya sekali lagi diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila menerima dua anugerah berprestij daripada National Critics Choice. Anugerah berkenaan ialah Life Time Achievement South East Asia Cuisinemenerusi kategori The Hospitality and Dining Awards 2011/2012dan juga Best Editor‘s Choice Award yang diberikan berdasarkan kejayaan buku masakannya, Best of Wan Taste of Malaysia. Pada tahun yang sama, beliau telah diberi penghormatan bagi menjayakan program bual bicara pagi, NBC Today yang disiarkan secara langsung untuk saluran NBC di AS. Program televisyen itu berlintas langsung dari taman rekreasi Suria KLCC dan berlatar-belakangkan bangunan berkembar KLCC yang disaksikan oleh jutaan rakyat AS. Dan yang terbaru, Kerajaan Thailand memberinya gelaran Friends of Thailand Award pada September 2010. Sejurus selepas itu, beliau dipilih sebagai Malaysia Airlines (MAS) Holiday Travel Icon Ambassador pada November 2010 yang berperanan untuk menjelajah dunia dengan pelbagai jenis masakan.
Menurut Chef Wan, kelebihan menjadi seorang chef ialah mampu membuatkan orang gembira. Beliau percaya bahawa makanan membawa kegembiraan. Tidak kira lah sama ada masalah hidup yang dihadapi kecil atau besar, tiada masalah sebesar kebuluran! Tetapi beliau tidak ingin menjadi chef biasa, disebabkan naturebeliau yang agak ‘gila-gila’, beliau suka melancong, berlakon, menyanyi, menulis dan yang paling biasa dilihat iaitu bercakap Beliau memasang impian untuk membawa keamanan kepada dunia melalui makanan. Makanan mampu menyatukan pelbagai jenis manusia daripada pelbagai jenis bangsa dan kebudayaan kerana apabila semua duduk makan bersama, figura hebat ini yakin bahawa semua masalah dapat diselesaikan.
Juga aktif di laman maya, Chef Wan melalui laman Facebooknya berkongsi pandangan mengenai kehidupan sesetengah orang yang tertekan dengan kekangan kewangan atas pelbagai faktor sampingan. Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Chef Wan menegur sikap segelintir masyarakat yang menjalani gaya hidup mewah serta banyak melepak merupakan punca utama kehidupan seseorang itu umpama “kais pagi makan pagi kais petang makan petang”. Berdasarkan pengalamannya, Chef Wan dikatakan sudah banyak kali bertemu dengan orang malas berusaha dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Chef Wan menegur supaya individu berkait tidak menuding jari terhadap orang lain jika berlakunya sesuatu kesusahan.
Chef Wan mempunyai dua orang anak, seorang daripadanya Serina Redzuawan, seorang pelakon yang telah muncul dalam beberapa siri drama Malaysia. Anak Chef Wan, Muhammad Nazri bin Redzuawan, mengikuti jejak langkah ayahnya dengan menjadi seorang tukang masak juga. Beliau merupakan seorang bapa yang bertanggungjawab dan tegas dalam mendidik anak lelaki dan perempuannya.
Setelah mendapat segala-galanya, kemasyhuran dan kesenangan, Chef Wan berharap dapat bekerjasama dengan chef-chef tempatan untuk menghasilkan buku ensiklopedia masakan mengandungi semua masakan dari setiap negeri, senarai rempah ratus, petua masakan dan resipi. Ia buku rujukan lengkap mengenai masakan. Beliau sendiri sudah mula mengumpul bahan sejak empat tahun lalu dan dalam memberikan yang terbaik, beliau sanggup meredah kampung mencari resipi terkenal di sesuatu daerah itu. Menurut beliau lagi, beliau sanggup bayar asalkan mendapat resipi tradisi yang lengkap dan betul.
Santan Sawit Produk Baru di Malaysia
Santan Sawit Kurang Kolestrol
Penggunaan santan dalam masakan harian bagi masyarakat negara ini bukan lagi asing, malah harga bagi bahan masakan ini melambung pada musim perayaan.
Hampir kesemua masakan tradisional Melayu memerlukan santan sebagai bahan utama dan jika ditukar dengan bahan lain pastinya rasa serta kualiti masakan tersebut akan kurang.
Namun, akibat kekurangan stok kelapa, harga santan kini kadangkala di luar jangkaan dan ia bertambah kritikal apabila industri perladangan kelapa semakin menyepi.
Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, sebuah syarikat bumiputera yang dikenali sebagai Khalissantan memperkenalkan santan kelapa sawit.
Menurut Pengarah Urusannya, Jasri Mohd. Rashid, santan kelapa sawit tiada beza dengan santan kelapa biasa.
"Dari segi tekstur, rasa dan bau santan sawit dan santan kelapa tiada beza. Malah, santan sawit memiliki kelebihan yang tiada pada santan kelapa," ujarnya ketika ditemui di kilang pemprosesan santan sawit di Serdang, Selangor baru-baru ini.
Jelas Jasri, santan sawit yang dihasilkannya memiliki kandungan asid lemak yang lebih rendah, kurang kolestrol, kaya dengan vitamin A dan E selain dapat bertahan lebih lama daripada santan biasa.
"Malah penggunaan santan sawit ini hanya separuh daripada santan kelapa kerana ia lebih pekat. Selain itu ia juga tidak berbau tengik jika disimpan lama di tempat yang dingin ia dapat bertahan lebih lama," katanya.
Santan sawit dalam bungkusan mampu bertahan sehingga tiga bulan dan jika telah dibuka ia bertahan selama sebulan di dalam tempat yang dingin.
Bercerita mengenai idea menghasilkan santan sawit ujar Jasri, beliau menerima formula menghasilkan produk tersebut daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
MPOB telah menjalankan kajian hampir 12 tahun untuk menghasilkan santan sawit namun dalam skala makmal dan Jasri telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi tersebut untuk tujuan pengkomersialan.
Biarpun begitu, untuk menghasilkan produk santan sawit dalam skala yang besar ia tidak semudah seperti yang disangka.
Mesokap
Menurut Jasri, pada peringkat awal beliau perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk melihat kesesuaian produk tersebut sebelum ia memasuki fasa pengkomersialan secara besar-besaran.
Antaranya, proses R&D, kajian soal selidik di kalangan pengguna, kajian pemasaran, kesan kesihatan serta kesesuaian penggunaan santan sawit di negara ini.
Setelah memperoleh data yang lengkap dan berpuas hati bahawa produk santan sawit tersebut boleh mendapat tempat di hati pengguna, Jasri bersama rakan kongsinya melabur untuk membina kilang.
Bagaimanakah santan sawit dihasilkan? Bagaimanakah warna sawit boleh bertukar putih?
Jelas Jasri, untuk menghasilkan santan sawit, pihaknya menggunakan hasil sawit yang diproses daripada bahagian mesokap (mesocarp) buah tersebut.
Kemudian ia akan diproses bersama beberapa bahan tertentu untuk menukarkan warnanya kepada warna putih santan. Setelah diproses, santan sawit akan terus dibungkus sebelum diedarkan kepada pengedar.
Kejayaan Jasri mengkomersialkan santan sawit itu juga berdasarkan pengalaman beliau selama 10 tahun di syarikat produk tenusu sebagai pengurus kewangan.
Melalui pengalaman bekerja di syarikat tersebut menjadikan Jasri mahir dalam selok belok pemprosesan sehinggalah kepada pemasaran sesuatu produk.
Antara perbezaan santan sawit dan santan kelapa adalah ia lebih menjimatkan kos berikutan ia digunakan hanya sedikit sahaja.
Jika untuk masakan seperti kari, anda hanya memerlukan satu pertiga, manakala untuk kegunaan cendol hanya satu perempat sahaja.
Selain memberikan rasa atau tekstur yang lebih lembut, ia juga tidak berbau tengik, tidak mudah rosak selagi disimpan di tempat sejuk dan paling penting, ia tidak perlu dibeli setiap hari.
Malah, makanan yang dimasak menggunakan santan sawit juga tidak mudah rosak, hanya perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan pada keesokan harinya.
Bagi santan kelapa, ia mudah rosak biarpun sebelum digunakan dan istilah paling biasa digunakan adalah 'naik kepala' yang mana keadaan lemak santan yang terapung di atas air biarpun selepas beberapa jam ia diproses.
Selain itu, masakan yang menggunakan santan kelapa juga lebih mudah basi walaupun baru ditinggalkan hanya satu hari sahaja malah perlu dibeli pada setiap hari.
Terdapat perbezaan memasak menggunakan kedua-dua jenis santan ini. Santan kelapa tidak boleh menggunakan api yang kuat kerana masakan lebih cepat 'pecah minyak' dan menjadikan masakan kurang enak.
Bagi santan sawit, ia tidak akan mengalami 'pecah minyak' seperti santan kelapa malah api boleh digunakan sebesar mana pun dan boleh didih selama tiga hingga lima minit.
Santan sawit juga boleh menggantikan susu bagi memasak masakan seperti nasi minyak dan beriani. Selain mampu menjimatkan kos pembelian santan kerana ia lebih murah berbanding santan kelapa, ia juga merupakan produk yang menyihatkan.
Jika dahulu ramai yang khuatir untuk makan makanan berasaskan santan kerana faktor penyakit, namun kini ia tiada lagi berikutan santan sawit memiliki kolestrol yang lebih rendah.
Menurut Jasri lagi, kini beliau sedang berusaha memperkenalkan kegunaan santan sawit ini sebagai pengganti kepada santan kelapa untuk memastikan makanan yang dimakan lebih menyihatkan.
"Kami juga dalam proses untuk membesarkan lagi kilang pemprosesan santan sawit ini di samping mahu mencari agen yang berminat untuk memasarkan produk ini," ujarnya.
Kini produk santan sawit Khalissantan ini boleh ditemui di pasar raya terkemuka dan akan memasuki beberapa lagi pasar raya besar di negara ini.
Ketika ditanya adakah beliau berminat untuk mengeksport santan sawit tersebut, katanya kini sudah terdapat beberapa negara yang telah menunjukkan minat untuk membeli produk tersebut.
"Tetapi kita sekarang memberi penumpuan sepenuhnya untuk pasaran domestik terlebih dahulu kerana pasaran domestik bagi santan juga amat besar ," ujarnya.

KISAH SEORANG AHLI PERNIAGAAN YANG TABAH...
Berita tentang dirinya telah tersebar. Tadi Abdurrahman bin Auf tidak bersedih mendengar ucapan Aishah. Ia sendiri juga tahu, perkataan Aishah itu benar. Memang Rasulullah saw. pernah menyatakan: "Aku melihat Abdurrahman bin Auf masuk syurga dengan merayap."
"Ucapan tersebut disampaikan Rasulullah saw. berulang kali." Ujar Aishah kepada beberapa sahabat baiknya.
Padahal Rasulullah saw. berkata sejumlah sahabat lainnya akan masuk syurga dengan kecepatan seperti kilat, atau sambil berjalan dengan kepala tegak. Mengapa Abdurrahman bin Auf yang begitu mulia budi pekerti dan sangat besar jasanya itu dikatakan bakal masuk syurga sambil merangkak? Apa kesalahannya.?
Kehairanan Aishah semakin menjadi-jadi pada waktu ia menyaksikan Abdurrahman bin Auf membawa barang dagangan terdiri atas berbagai macam keperluan hidup yang dimuat oleh 600 ekor unta beban dari Syam, lalu barang dagangan itu diberikannya dengan percuma kepada penduduk Madinah di masa Othman bin Affan menjadi Khalifah. Alangkah dermawannya Abdurrahman bin Auf, namun mengapa nasibnya sebegitu.?
Pada suatu kesempatan, Abdurrahman bin Auf berjumpa Ummul Aishah dan berkata: "Ummul Mukminin telah mengingatkan saya tentang sebuah hadis yang takkan pernah terlupakan seumur hidupku."
"Betul, itulah yang dikatakan Rasulullah saw tentang nasib Tuan di hari pembalasan." Ujar Aishah.
"Kerana itulah saya mengubah diri supaya lebih banyak lagi beramal soleh dan lebih ikhlas bersedekah. Sebab saya tahu, hadis yang semacam itu bukanlah merupakan ramalan, melainkan peringatan kepada saya untuk membesarkan ibadah dan pengabdian kepada Allah agar nasib saya tidak seburuk itu." Sahut Abdurrhman bin Auf.
Aishah termenung memikirkannya. Ia terkesan oleh jawapan Abdurrahman bin Auf yang bermakna. Dan Aishah menyaksikan sendiri, betapa setelah itu Abdurrahman bin Auf lebih tekun melakukan kebajikan-kebajikan dengan pelbagai cara dan kesempatan.
Itulah keikhlasan Abdurrahman bin Auf sejak pertama kali memeluk agama Islam. Ia mendengar seruan Islam dari Abu Bakar As-Siddiq bersama Othman b. Affan, Zubair b. Awwam, Sa'ad b. Abi Waqqash dan Talhah b. Ubaidillah. Mereka tidak berdalih-dalih lagi sebab yakin benar akan kejujuran Abu Bakar dan kebenaran ajaran Muhammad sebagai utusan Tuhan.
Sejak itu, saudagar yang kaya raya dan cerdik itu tidak pernah surut membela Rasululah saw. dalam perjuangan menyiarkan Islam. Abdurrahman bin Auf termasuk sahabat yang tiga kali menjalankan hijrah demi agamanya.
Selaku sahabat dekat Nabi, Abdurrahman bin Auf dipercayai oleh para sahabat lainnya dalam menyelesaikan beberapa perkara. Diantara masaalahnya ialah semasa penrlantikan Khalifah selepas Rasulullah saw. wafat. Kepercayaan ini tidak dikhianatinya. Ia bertindak adil dan bersikap jujur kerana kepercayaan para sahabat tersebut juga di dasari keistimewaan-keistimewaan Abdurrahman bin Auf sepanjang mendampingi Rasulullah saw. semasa hayatnya.
Umpamanya dalam peristiwa Perang Tabuk yang terjadi pada tahun kesembilan dalam bulan Rejab. Ekspedisi ini terkenal amat sukar dan sengsara hingga kedatangan Nabi terlambat, sudah didahului Abdurrahman bin Auf bersama beberapa ratus anak buahnya. Di tempat perhentian, Abdurrahman bin Auf mengimami solat fardhu Zohor. Ketika ia sedang bertakbir, Rasulullah saw. pun tiba bersama pasukannya lalu berdiri di belakang Abdurrahman bin Auf sebagai makmum.
Dengan demikian, Abdurrahman bin Auf adalah satu-satunya sahabat yang pernah mengimami solat tanpa mendapat perintah dari Rasulullah saw. Bahkan Abu Bakar sendiri hanya dua kali menjadi imam di depan Nabi, itupun atas perintah beliau kerana Nabi sedang sakit.
Sikapnya yang terpuji adalah kesehajaan dan ketulusannya. Pada waktu tiba di Madinah sebagai Muhajirin, seperti para sahabat dari Makkah lainnya, Abdurrahman bin Auf tidak membawa hartanya sedikitpun. Sahabatnya dari pihak Ansar menawarkan bantuan kepadanya.
Sahabat itu, Sa'ad bin Rabi', berkata: "Saya memiliki kekayaan melimpah. Tuan ambillah sebahagian, buat saya masih tersisa amat banyak. Dan saya juga mempunyai beberapa sahaya cantik. Silakan ambil salah seorang untuk isteri tuan."
Abdurrahman bin Auf dengan terharu menyambut baik tawaran itu. Namun, secara halus ia berkata. "Maaf, bila Tuan hendak menolong saya, tunjukkan saja jalan ke pasar."
"Mengapa begitu?" Tanya Sa'ad kehairanan.
"Saya ini seorang pedagang dan bagi pedagang, tempat untuk mencari penghidupan adalah pasar, bukan di gudang Tuan," Sahut Abdurrahman bin Auf seadanya.
Maka demikian yang terjadi, setelah beberapa lama menetap di Madinah, Abdurrahman bin Auf telah berkembang menjadi hartawan kembali.
TENTANG KAMI
Subscribe to:
Posts (Atom)